Calculus is a Piece of Cake - MOOC tawar pembelajaran lebih fleksibel

Umum sedia maklum dengan kepesatan teknologi pada masa kini. Arus teknologi yang pesat membangun mencipta 1001 peluang kepada semua pihak yang bijak mencari ruang. Jika dilihat secara sepintas lalu, siapa sangka pembelian barangan yang dahulunya dilakukan secara fizikal, kini, hanya boleh dilakukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Azrin, Ahmad
Format: UMP News
Language:English
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28286/1/Calculus%20is%20a%20Piece%20of%20Cake%20-%20MOOC%20tawar%20pembelajaran%20lebih%20fleksibel.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/28286/
http://news.ump.edu.my/experts/calculus-piece-cake-mooc-tawar-pembelajaran-lebih-fleksibel
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Umum sedia maklum dengan kepesatan teknologi pada masa kini. Arus teknologi yang pesat membangun mencipta 1001 peluang kepada semua pihak yang bijak mencari ruang. Jika dilihat secara sepintas lalu, siapa sangka pembelian barangan yang dahulunya dilakukan secara fizikal, kini, hanya boleh dilakukan dengan menggunakan aplikasi mudah alih pada peranti pintar. Sektor pendidikan turut tidak terkecuali. Ayuh kita singkap ciri-ciri pembelajaran yang dipraktikkan sebelum tercetusnya ledakan internet dan teknologi. Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dahulu berteraskan kaedah fizikal yang melibatkan penglibatan dua hala dalam bilik darjah di antara guru dan pelajar. Ketika awal tahun 2000, penggunaan teknologi sering diamalkan dalam penyediaan laporan dan tugasan kumpulan. Laporan ditulis menggunakan Microsoft Word dan dicetak sebelum dihantar kepada guru untuk disemak. Masuk ke tahun 2020, penggunaan teknologi yang semakin meluas menggasak pendidik untuk lebih memperkasakan penggunaan teknologi sebagai alat bantu mengajar dalam usaha mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik, komprehensif dan seiring dengan kemajuan teknologi semasa.