Proses fabrikasi dan pencirian bahan polimer HD4000 untuk aplikasi fotonik
Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang optik bersepadu berasaskan bahan polimer sedang mengalami perkembangan pesat dewasa kini. Pelbagai jenis bahan polimer telah menunjukkan potensi yang sangat baik untuk aplikasi peranti optik atau fotonik pada masa hadapan. Oleh sebab itu, kajian mi bertuj...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2004
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/2737/1/RAZALI_BIN_MUDA.PDF http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/2737/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang optik bersepadu berasaskan bahan
polimer sedang mengalami perkembangan pesat dewasa kini. Pelbagai jenis bahan
polimer telah menunjukkan potensi yang sangat baik untuk aplikasi peranti optik atau
fotonik pada masa hadapan. Oleh sebab itu, kajian mi bertujuan untuk mengenalpasti
proses fabrikasi pandu gelombang planar berasaskan bahari polimida pekacahaya
HD4000 danjuga untuk menjalankan proses pencirian terhadap bahan tersebut melalui
kaedah —kaedah konvensional. Antara sebab utama bahan polimer HD4000 dipilih
dalam kajian mi ialah kerana ia memenuhi hampir semua ciri —ciri polimer yang
diperlukan untuk aplikasi peranti pandu gelombang optik seperti mempunyai indeks
biasan yang sedikit lebih tinggi berbanding substrat kaca, kehilangan perambatan yang
rendah dan juga proses fabrikasi yang mudah. Dalam kajian mi, proses fabrikasi yang
telah dijalankan termasuklah spin —coating, pemanasan lembut danjuga dedahan kepada
sinar ultra ungu. Kemudian, proses pencirian dijalankan terhadap pandu gelombang
tersebut menggunakan beberapa kaedah tertentu seperti gandingan prisma, cahaya
tersebar, spektro —fotometri, scanning electron microscope dan juga melalui
pemerhatian fizikal. Parameter optik yang dikaji dalam kajian mi termasuklah kesan
dedahan sinar ultra ungu terhadap perubahan indeks biasan, hubungan antara ketebalan
lapisan pandu dan halaju putaran mesin spin —coater, ketelusan bahan terhadap tetingkp
panjang gelombang dan juga perubahan warna dan sifat -sifat fizikal bahan apabila
dipanaskan secara lampau. Dalam kajian mi, didapati dedahan sinar ultra ungu terhadap
bahan polimida HD4000 hanya menyebabkan perubahan kecil sahaja pada nilai indeks
biasan iaitu dalamjulat antara 0.125% hingga 0.504% sahaja dan nilai asal. Kehilangan
perambatan minima bagi bahan polimer mi yang diukur pada panjang gelombang
?0.663 .im didapati bernilai 3.78 dB/cm. |
---|