Persepsi pegawai Penguatkuasa Agama Negeri Pahang terhadap Arahan Tetap Pengarah Jaip 2017
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pegawai penguatkuasa agama (PPA) terhadap Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017. Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017 merupakan garis panduan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di negeri Pahang yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap anggota PPA semasa...
Saved in:
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Conference or Workshop Item |
Language: | English |
Published: |
Fakulti Pengajian Islam, KUIPSAS
2019
|
Subjects: | |
Online Access: | http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26893/1/Persepsi%20pegawai%20Penguatkuasa%20Agama%20Negeri%20Pahang.pdf http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26893/ https://sepia.kuipsas.edu.my/sepia/prosiding/ |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pegawai penguatkuasa agama (PPA) terhadap Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017. Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017 merupakan garis panduan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di negeri Pahang yang perlu diikuti dan dipatuhi oleh setiap anggota PPA semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Permasalahan yang timbul sebelum ini adalah berkaitan kefahaman dan kepatuhan PPA yang mendalam terhadap prosedur, peruntukan undang-undangberkaitan kesalahan jenayah syariah, garis panduan atau SOP bagi menjamin sesuatu proses penguatkuasaan undang-undang syariah berjalan dengan lancar dan sistematik tanpa dihujani kritikan atau persepsi negatif masyarakat awam. Kajian kuantitatif ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian, adalah bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan PPA terhadap Arahan Tetap Pengarah JAIP 2017. Data kajian yang diperolehi menerusi instrument soal selidik yang telah diedarkan kepada 86 orang anggota PPA negeri Pahang telah diproses dan dianalisis menggunakan kaedah saintifik deskriptif dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) for Windows’ versi 22.0.Dapatan kajian menunjukan bahawa nilai min yang diperolehi adalah tinggi (M=4.28). Ia menunjukan bahawa persepsi PPA terhadap pengamalan Araham Tetap Pengarah JAIP 2017 adalah tinggi. Implikasi kajian juga menekan peranan pihak JAIP untuk terus mengatur strategi dan menambahbaik mutu profesion PPA agar dapat meningkatkan kredibiliti dan kewibawaan institusi penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri Pahang. |
---|