Analisis perbezaan tahap kesediaan guru terhadap 1bestarinet dari aspek tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan bidang pengajaran

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilaksanakan bagi menghasilkan perubahan seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Fokus utama anjakan adalah untuk memastikan sistem pendidikan yang berkualiti iaitu setiap anjakan perlu memberi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Hasmadi, Hassan, Fatimah, Abdul Rashid
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Fakulti Pengajian Islam, KUIPSAS 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26874/7/Analisis%20perbezaan%20tahap%20kesediaan%20guru%20terhadap%201bestarinet%20dari%20aspek%20tahap%20pendidikan.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26874/
https://sepia.kuipsas.edu.my/sepia/prosiding/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilaksanakan bagi menghasilkan perubahan seperti yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Fokus utama anjakan adalah untuk memastikan sistem pendidikan yang berkualiti iaitu setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurangkurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan (KPM, 2013). Anjakan ke tujuh dalam pelan ini menekankan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran di Malaysia. Oleh itu, pihak KPM telah bertindak secara proaktif dengan memperkenakan satu platform maya yang dikenali sebagai VLE 1BestariNet (Virtual Learning Environment 1BestariNet). Satu kajian dijalankan bagi mengetahui tahap kesediaan guru di negeri Pahang terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap, literasi, fasiliti dan akses teknologi. Seramai 655 orang guru dalam negeri Pahang diambil sebagai respondan kajian. Mereka terdiri daripada guru yang merupakan pengguna aktif dan pasif VLE1BestariNet. Data dipungut menerusi borang soal selidik dan dianalisis secara kuantitatif. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan guru di negeri Pahang terhadap VLE1BestariNet dari aspek sikap, literasi, fasiliti dan akses teknologi secara keseluruhannya adalah berada pada tahap yang tinggi. Kerjasama daripada semua pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan daerah (PPDD),pihak sekolah, serta badan-badan bukan kerajaan amat digalakkan agar penggunaan VLE1BestariNet dapat digunakan semaksima mungkin.