Tahap keyakinan penjaga terhadap aktiviti pembelajaran dalam membimbing pelajar untuk melahirkan generasi Al-Quran

Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “ Tahap Keyakinan Penjaga Terhadap Aktiviti Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan. Kajian ini melibatkan semua penjaga pelajar. Sebanyak 52 set borang soal-selidik telah disedia dan die...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Halim, Taib, Hasmadi, Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26841/1/Tahap%20keyakinan%20penjaga%20terhadap%20aktiviti.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26841/
http://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3451
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan satu kajian kes bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi “ Tahap Keyakinan Penjaga Terhadap Aktiviti Pembelajaran `SAR-KAFA’ di Kariah Masjid Kampung Pandan Satu, Kuantan. Kajian ini melibatkan semua penjaga pelajar. Sebanyak 52 set borang soal-selidik telah disedia dan diedarkan kepada penjaga melalui pihak pengurusan `SAR-KAFA’. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis dengan menggunakan aplikasi perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 23. Darjah kebolehpercayaan (nilai alpha cronbach) bagi item soal-selidik adalah .879. Kajian mendapati bahawa tahap keyakinan penjaga berada pada tahap tinggi dengan purata min ialah 4.4511. dan 4.500 bagi tahap kerjasama penjaga. Walaubagaimanapun didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap keyakinan dan tahap kerjasama penjaga dengan faktor demografi keluarga pelajar. Kegagalan membaca al-Quran dengan baik dan sempurna membawa kesan yang negatif dan berkekalan terhadap individu Islam. Kajian menunjukkan (Mohd. Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff dan Saidi bin Mohd yang dipetik oleh Nor Rohizan ,2018) bahawa masalah yang dihadapi oleh pelajar baik di sekolah, kolej atau institusi-institusi pengajian dalam pembacaan al-Quran adalah pelajar kurang lancar membaca al-Quran, pelajar kurang menghayati hukum-hukum tajwid, pelajar lemah atau sukar menyebut `makhraj’ huruf dan pelajar lemah tulisan jawi. Persepsi sepertimana di atas di dapati berperanan dan memberi impak yang mendalam kepada tahap keyakinan penjaga terahadap aktiviti pembelajaran di “SAR-KAFA”.