Persepsi guru Pendidikan Islam dalam pentaksiran dokumen standard kurikulum dan pentaksiran sekolah rendah

Pentaksiran dalam kurikulum adalah faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kese...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Artika Rasul, Sulaiman, Hasmadi, Hassan
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26838/1/Persepsi%20guru%20Pendidikan%20Islam.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26838/
http://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/3447
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pentaksiran dalam kurikulum adalah faktor penentu dalam mencorak pemahaman dan penguasaan bagi pencapaian akademik seseorang murid. Ia juga mampu menilai keberkesanan pengajaran guru itu sendiri dan ia adalah sesuatu yang boleh diukur. Kajian ini memberi tumpuan yang khusus dalam meneroka tahap kesediaan guru Pendidikan Islam Daerah Pekan dalam melaksanakan pentaksiran mata pelajaran dengan menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi Kurikukum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Seramai 145 guru Pendidikan Islam yang terdiri daripada lima kelompok iaitu Bandar (14.5 peratus), Peramu (26.9 peratus), Pantai (27.6 peratus), Paloh Hinai(13.1 peratus) dan Chini (17.9 peratus). Hasil dapatan kajian menunjukkan bilangan responden perempuan 82 orang (56.6 peratus) melebihi responden lelaki seramai 63 orang (43.4 peratus). Populasi umur responden yang paling tinggi adalah dalam lingkungan 40-an iaitu seramai 76 orang (52.4 peratus) dan kesemua responden adalah berbangsa melayu (100.0 peratus). Setiap hipotesis telah diuji dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 23.0. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap persepsi berdasarkan faktor jantina dan kelompok bagi guru-guru Pendidikan Islam terhadap pentaksiran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) adalah sederhana dengan nilai mean 3.31.