Prosedur Rawatan In-Vitro Fertilisation (IVF): Suatu Kupasan Berdasarkan Pandangan Syarak

Tulisan ini bertujuan menjelaskan pandangan syarak berkenaan perlaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini memfokuskan kepada 7 prosedur yang berkenaan sahaja sepertimana yang disyorkan oleh pihak pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mansor, Sulaiman, Abdullah, Long, Zailin Shah, Yusoff, Ahmad Irfan, Ikmal Hisham, Ahmad Murad, Zainuddin, Hasan, Ahmad
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Malaysia Pahang 2019
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26616/1/Prosedur%20Rawatan%20In-Vitro%20Fertilisation.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/26616/
http://journal.ump.edu.my/ijhtc/article/view/1695
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tulisan ini bertujuan menjelaskan pandangan syarak berkenaan perlaksanaan prosedur-prosedur rawatan kesuburan dalam kategori IVF (in-Vitro Fertilisation). Sebagai penentuan kepada batasan kajian, tulisan ini memfokuskan kepada 7 prosedur yang berkenaan sahaja sepertimana yang disyorkan oleh pihak pakar yang berkaitan. Dalil-dalil dan kaedah-kaedah syarak dirujuk bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa rawatan kesuburan ini bukanlah isu baharu dalam perbincangan syarak. Walaupun begitu perbincangan berkenaannya lebih bersifat umum dan boleh dijadikan rujukan bagi mengenalpasti pandangan syarak terhadap prosedur-prosedur yang berkenaan. Selain itu, kajian ini juga dapat merungkai pandangan syarak terhadap isu-isu sampingan yang berkaitan prosedur-prosedur tersebut, di samping mengenalpasti bahawa ‘maslahah’ merupakan perkara yang sangat besar peranannya di sebalik keharusan prosedur-prosedur yang berkenaan. Akhirnya diharapkan tulisan ini akan dapat dijadikan rujukan dalam isu-isu baru khususnya yang memerlukan kepada penjelasan syarak terhadapnya.