Membangunkan garis panduan kaedah rawatan kesuburan IVF (In-Vitro Fertilization) berteraskan syarak

Tesis ini cuba untuk mengenalpasti kedudukan rawatan IVF (In-Vitro Fertilization) berdasarkan hukum Syariah. Di Malaysia, kaedah rawatan ini telah difatwakan harus pada tahun 1982 dan disambut baik oleh masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Dari itu, lebih ramai lagi umat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdullah, Long
Format: Thesis
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24953/1/Membangunkan%20garis%20panduan%20kaedah%20rawatan%20kesuburan%20IVF%20%28In-Vitro%20Fertilization%29%20berteraskan%20syarak.wm.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/24953/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tesis ini cuba untuk mengenalpasti kedudukan rawatan IVF (In-Vitro Fertilization) berdasarkan hukum Syariah. Di Malaysia, kaedah rawatan ini telah difatwakan harus pada tahun 1982 dan disambut baik oleh masyarakat terutamanya mereka yang menghadapi masalah kesuburan. Dari itu, lebih ramai lagi umat Islam yang menjalani rawatan kesuburan. Walau bagaimanapun boleh dikatakan fatwa yang telah dikeluarkan di Malaysia ini masih bersifat umum dan tidak merangkumi semua aspek rawatan kesuburan. Selain dari itu, mungkin terdapat persoalan terhadap garis panduan syariah mengenai setiap prosedur dalam setiap proses rawatan kesuburan ini. Justeru, kajian ini akan menyiasat fatwa yang sedia ada berkaitan rawatan kesuburan di Malaysia dan di luar negara dan tahap pemahaman pesakit dan staf pusat rawatan kesuburan berkaitan fatwa yang telah dikeluarkan. Kajian juga melihat isu-isu lain yang mungkin diketengahkan oleh para Imam Mazhab. Satu soalan terbuka diberikan untuk dijawab oleh sampel kajian. Daripada data diperolehi, permasalahan hukum syariah telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Munakahat (Keluarga Islam, Hukum Sosial, Fiqh Ibadah, Fiqh Qadha (Undang-undang Hukum Islam), Fiqh Umum dan Usul Fiqh. Di akhirnya, mencadangkan garis panduan hukum Syariah berkaitan proses dan prosedur rawatan kesuburan terutamanya isu-isu yang masih mendatangkan persoalan.