Pengamalan Etika Kerja Islam: Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Etika kerja Islam adalah satu etika yang berlandaskan dari dua sumber utama iaitu al-Qur’an dan Sunnah. Sehubungan itu, melalui nilai –nilai yang wujud di dalam etika kerja Islam ini membentuk dan membina sebuah pengurusan dan organisasi yang efektif serta meningkatkan prestasi dan pencapaian sebuah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Qistina Balkis, Mohd Yusof, Rashidi, Abbas
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19118/1/pbmsk-2017-rashidi-Pengamalan%20Etika%20Kerja%20Islam%20Kajian%20Dalam%20Kalangan%20Pelajar.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19118/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Etika kerja Islam adalah satu etika yang berlandaskan dari dua sumber utama iaitu al-Qur’an dan Sunnah. Sehubungan itu, melalui nilai –nilai yang wujud di dalam etika kerja Islam ini membentuk dan membina sebuah pengurusan dan organisasi yang efektif serta meningkatkan prestasi dan pencapaian sebuah organisasi. Justeru mendidik para pelajar supaya mengamalkan etika kerja yang digalakkan oleh pakar ilmuan Islam serta suruhan dari Allah SWT. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti nilai Etika Kerja Islam yang diamalkan oleh pelajar serta mengukur tahap pengamalan nilai Etika kerja Islam dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP). Sampel yang diperlukan dalam kajian ini terdiri daripada daripada 30 orang pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP), kampus Gambang dan mereka harus menjawab soal selidik yang mengandungi 40 item.Setiap soalan soal selidik ini mengandungi arahan soalan-soalan tertutup untuk dijawab oleh responden-responden yang terlibat dalam kajian ini. Semua maklumat dan data yang diperolehi akan diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan dan dianalisis secara kuantitatif. Data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan aplikasi SPSS Statistik dan melibatkan kaedah berbentuk deskriptif bertujuan bagi mengumpulkan maklumat terperinci dan mengkaji tentang pengamalan etika kerja Islam dalam kalangan pelajar. Hasil kajian turut mendapati bahawa. terdapatnya nilai etika kerja Islam yang diamalkan serta pengamalan nilai etika kerja Islam dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) berada pada tahap yang tinggi.