Penggunaan Eufemisme di dalam Filem P. Ramlee: Lambang Kesopanan dalam Pertuturan Masyarakat Melayu

Makalah ini akan membincangkan aspek penggunaan eufemisme yang terdapat di dalam tiga filem P.Ramlee yang terpilih. Penggunaan eufemisme lazimnya dikaitkan dengan kesedaran penutur untuk melakukan komunikasi dan interaksi tanpa menyinggung perasaan serta melanggar norma-norma pertuturan yang diperse...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Jamilah Bebe, Mohamad, Anis Nabilla, Ahmad, Jamal Rizal, Razali
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19026/3/pbmsk-2017-jamilah-Penggunaan%20Eufemisme%20di%20dalam%20Filem%20P.Ramlee.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/19026/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini akan membincangkan aspek penggunaan eufemisme yang terdapat di dalam tiga filem P.Ramlee yang terpilih. Penggunaan eufemisme lazimnya dikaitkan dengan kesedaran penutur untuk melakukan komunikasi dan interaksi tanpa menyinggung perasaan serta melanggar norma-norma pertuturan yang dipersetujui oleh khalayak pendengar. Bagi Wardhaugh (1986: 231) eufemisme wujud apabila masyarakat menamakan, menyolek dan mencantikkan sesuatu yang dianggap tabu untuk menjadikannya lebih baik atau bersopan. Teo (1996) pula menyatakan bahawa eufemisme ialah kata atau ungkapan yang dianggap lebih lembut dan sederhana, lebih baik dan menyenangkan bagi memperkatakan sesuatu perkara yang mungkin boleh dianggap kasar, keras, menakutkan, menghina atau menyinggung perasaan seseorang. Data dalam kajian ini merupakan data yang diperolehi melalui pertuturan dialog dan seri kata di dalam filem P.Ramlee yang telah ditranskipsikan kepada bahasa Melayu standard. Analisis dan perbincangan yang dilakukan dalam kajian ini hanya akan memaparkan contoh data yang terpilih kerana pemilihan contoh data adalah bersifat mewakili. Perbincangan menunjukkan sememangnya terdapat penggunaan eufemisme dan ungkapan kiasan yang digunakan dalam filem P.Ramlee. Namun demikian, penggunaan eufemisme dan ungkapan kiasan ini bergantung kepada sikap, tingkah laku, peranan dan latar masyarakat yang terlibat di dalam sesuatu dialog tersebut. Penggunaan eufemisme dan ungkapan kiasan ini menunjukkan bahawa filem P.Ramlee selaras dengan slogan “Budi Bahasa Budaya Kita”.