Analisis Tematik Kalimah Al-Hilāl Di Dalam Al-Kutub Al-Sittah

Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ru’yah hilāl dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah ḥisāb pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Irfan, Ikmal Hisham
Other Authors: Mohd Shukri, Hanapi
Format: Book Section
Language:English
Published: Centre For Islamic Development Management Studies (ISDEV), Universiti Sains Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14706/1/ANALISIS%20AL-HILAL%20DALAM%20AL-KUTUB%20AL-SITTAH.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14706/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ru’yah hilāl dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah ḥisāb pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan ini, ironinya, bukan baru bermula sejak daripada zaman kemajuan ilmu falak dan astronomi moden, tetapi telah berlaku sejak zaman penulisan kitab fiqh awal dan sharah ḥadīth yang muktabar (Mukarram:nd). Berlatarbelakangkan realiti ini, timbul persoalan bagaimana wujudnya perselisihan tersebut yang masih belum lagi disepakati oleh pengamal falak zaman moden. Bagi menjawab persoalan ini, kertas kajian ini meletakkan objektif bagi meneliti ḥadīth-ḥadīth yang mengandungi kalimah al-hilāl di dalam al-Kutub al-Sittah, serta membangunkan analisis tematik daripada hadith- hadith berkenaan. Seterusnya, kajian akan turut memfokuskan kepada aplikasi pembangunan tema tersebut ke dalam pengurusan taqwim hijriy. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan kalimah al-hilāl di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema ḥadīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Secara umumnya, kajian mendapati bahawa usaha menguruskan sistem taqwim hijriy yang boleh diterima umum, boleh dirancakkan lagi dengan memahami usul perselisihan di dalam ḥadīth mengenai al-hilāl.