Kesan Modenisasi ke atas Hubungan Kaum di Malaysia

Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mes ti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pemba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hasnah, Hussiin
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit Universiti Malaysia Pahang 2009
Subjects:
Online Access:http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/1/pbmsk-2009-hasnah-Kesan%20Modenisasi%20ke%20atas%20Hubungan%20Kaum%20di%20Malaysia.pdf
http://umpir.ump.edu.my/id/eprint/14129/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Isu modenisasi dan hubungan etnik tidak pernah padam dalam perjuangan Malaysia membangunkan negara sejak merdeka sehingga kini. Dalam hal ini, setiap polisi dan projek yang dijalankan mes ti objektif terakhirnya adalah untuk perpaduan kaum. Ia seakan menjadi syarat penting bahawa setiap projek pembangunan yang dilaksanakan mesti melibatkan semua etnik. Apakah yang dimaksudkan dengan modenisasi? Menurut Shamsul Amri, modenisasi diterjemahkan sebagai suatu proses transformasi atau perubahan dalam segala aspek kehidupan masyarakat, dan ia dianggap sebagai sesuatu yang harus ditempuh oleh semua bangsa atau negara. Malahan modenisasi di Malaysia sangat berkaitan dengan pembentukan suatu bangsa Malaysia yang mengandungi pelbagai etnik dan kaum. Dalam hal ini, projek modenisasi di Malaysia sebenarnya mengandungi dua komponen utama iaitu komponen ekonomi dan komponen politik. Kesemua komponen ini adalah bermatlamat untuk perpaduan kaum serta mewujudkan 'kesatubangsaan' (nationhood) melalui integrasi nasional. Maka slogan seperti 'satu bahasa ', 'satu budaya ', 'satu bangsa' dan 'satu negara' sering dilaungkan sebagai motivasi yang mendasari segala usaha ke arah integrasi nasional.