TNC (Akademik & Antarabangsa) dilantik Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor SISPA

TIMBALAN Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SI...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Universiti Malaysia Kelantan, Canselori
Format: Image
Language:English
English
Published: 2012
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9923/1/untitled-1.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9923/2/untitled-2%20%283%29.jpg
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9923/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:TIMBALAN Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Roselina binti Ahmad Saufi dilantik sebagai Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA) pada Majlis Pentauliahan Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Kehormat, Bersekutu dan Pegawai Kadet SISPA, baru-baru ini. Beliau menerima pemakaian pangkat sebagai Penolong Pesuruhjaya Kehormat Kor Sispa oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB. Dato’ Wira Abu Seman Yusop, sempena Majlis Perhimpunan Kebangsaan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA), Kali Ke – 3 2012, di kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu, pada 18 Julai 2012. Selain Prof. Dr. Roselina, pemakaian pangkat baru itu turut melibatkan enam orang pegawai UMK Pensyarah Kanan Fakulti Sains Bumi, En. Zulhazman bin Hamzah (Leftenan Kolonel Bersekutu) dan Ketua Pustakawan, En. Azman bin Hashim (Mejar Bersekutu). Manakala pemakaian pangkat bagi Kapten Bersekutu Kor Sispa UMK ialah Pegawai Belia dan Sukan, En. Wan Ahmad Khairul bin Wan Ahmad Najib, Pegawai Teknologi Maklumat, En. Mohd Fadli bin Mohd Zain, Penolong Pendaftar, En. Raja Azlan bin Raja Ismail dan Penolong Pendaftar Fakulti Perubatan Veterinar, Cik Nor Azlina binti Kamarudin.