Matlamat dan halatuju sistem pengajian tahfiz di Kelantan : satu pengamatan awal

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-Quran atau institusi maahad tahfiz mula mendapat perhatian istimewa dari masyarakat. Setiapnya menawarkan sistem dan pendekatan yang pelbagai dan tersendiri. Perkembangan dan kepelbagaian ini tentunya mempunyai kelebihan dan kele...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Hisham Md Nawi, Nur Azuki Yusuff, Mohd Binyamin Che Yaacob, Nasrul Hakim Salleh
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9171/1/4th%20International%20Conference%20and%20Exhibition%20on%20Islamic%20Education%202014%20-%203.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9171/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan terkini menunjukkan bahawa sekolah aliran menghafal al-Quran atau institusi maahad tahfiz mula mendapat perhatian istimewa dari masyarakat. Setiapnya menawarkan sistem dan pendekatan yang pelbagai dan tersendiri. Perkembangan dan kepelbagaian ini tentunya mempunyai kelebihan dan kelemahan serta memberi impak yang besar kepada generasi masa hadapan dan sistem pendidikan negara secara keseluruhan. Kajian ini menggunakan kaedah temuduga dengan pengasas dan pihak pengurusan tertinggi beberapa institusi maahad tahfiz terpilih di Kelantan serta penelitian terhadap dokumen penubuhan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah dialektik untuk melihat secara mendalam matlamat dan halatuju sistem pengajian tahfiz di Kelantan. Dapatan awal menunjukkan bahawa matlamat dan halatuju pengajian maahad tahfiz di Kelantan tidak begitu jelas. Cita-cita besar yang dicetuskan oleh pengasasnya tidak disusuli dengan suatu gagasan pemikiran yang jelas dan perancangan gerakkerja yang tersusun dan terancang. Keadaan ini memberi kesan yang jelas kepada aspek pelaksanaan. Institut ini juga tidak mempunyai sikap yang jelas terhadap ketidakneutralan ilmu sains moden masa kini.