Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga : pengenalan kepada quizlet.com

Pembelajaran kursus bahasa ketiga dilihat sangat penting dan mula diperkenalkan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi meningkatkan kebolehpasaran para graduan. Pelbagai teknik dan pendekatan diketengahkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ketiga lebih menarik dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Zaki Amiruddin, Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Nor Abdul Rahman, Mohd Shahriman Abu Bakar
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2014
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9083/1/Conference%20Paper%201.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9083/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembelajaran kursus bahasa ketiga dilihat sangat penting dan mula diperkenalkan di institut pengajian tinggi (IPT) bagi meningkatkan kebolehpasaran para graduan. Pelbagai teknik dan pendekatan diketengahkan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa ketiga lebih menarik dan efisien. Sejajar dengan kemajuan global, para pengajar mula tertarik untuk menggabungkan proses P&P dengan kemajuan teknologi, seperti; aplikasi atas talian (Online Application) sama ada secara percuma mahupun secara berbayar. Menyedari kepentingan ini, satu tajuk dibentangkan bertujuan memperkenalkan sebuah laman sesawang; iaitu Quizlet.Com yang menyediakan aplikasi atas talian khas bagi tujuan P&P. Kajian ini melibatkan pengenalan kepada aplikasi tersebut, kelebihan aplikasi, fungsi secara umum dan fungsi secara khusus untuk P&P bahasa ketiga yang difokuskan kepada bahasa Arab, serta hasil pembelajaran yang mampu diperoleh daripada proses P&P setelah menggunakan aplikasi tersebut beserta lampiran contoh bergambar. Dapatan kajian menyokong aplikasi atas talian ini bukan sahaja lebih menarik minat para pelajar, bahkan amat bersesuaian untuk proses P&P bahasa ketiga berdasarkan fungsi yang disediakan di dalam aplikasi tersebut. Melalui kajian ini, diharapkan dapat merancakkan lagi perkembangan teknik dan pendekatan proses P&P yang digabungkan dengan kemajuan teknologi terkini.