Keperluan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar Oku (Orang Kelainan Upaya) fizikal di Universiti Malaysia Kelantan: kertas cadangan

Walaupun mempunyai kekurangan sama ada dari segi anggota (penglihatan, pendengaran, atau fizikal) ataupun mental, golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) di Malaysia tidak pernah ketinggalan menyumbang bakti dan jasa terhadap pembangunan negara. Namun, sejauh manakah mereka mampu bersaing dalam arus pe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: See Soo Yin, Liyana Ahmad Afip
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2013
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9062/1/Kajian%20OKU%20%28See%20%26%20Yana%29%20%281%29.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/9062/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Walaupun mempunyai kekurangan sama ada dari segi anggota (penglihatan, pendengaran, atau fizikal) ataupun mental, golongan OKU (Orang Kelainan Upaya) di Malaysia tidak pernah ketinggalan menyumbang bakti dan jasa terhadap pembangunan negara. Namun, sejauh manakah mereka mampu bersaing dalam arus pemodenan negara yang pesat ini terutama dari segi persaingan mendapatkan pekerjaan? Justeru, kajian ini ingin mengkaji persepsi golongan OKU fizikal terhadap penguasaan bahasa khususnya bahasa asing sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan pekerjaan serta mengenalpasti persepsi majikan (yang pernah/sedang menggaji golongan OKU sebagai pekerja) tentang ciri-ciri kemahiran insaniah (soft skills) selain daripada kemahiran berkomunikasi yang perlu ada pada OKU untuk keperluan pekerjaan. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini akan dijalankan ke atas 15 orang pelajar OKU fizikal dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu satu set soal selidik serta kaedah temubual majikan (kualitatif). Kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada golongan OKU tentang kepentingan menguasai bahasa asing sebagai nilai tambah untuk bersaing mendapatkan pekerjaan serta dapat menggalakkan pihak majikan terutama dari sektor pekerjaan profesional supaya memberi ruang dan bersedia untuk menerima golongan OKU bekerja dengan mereka.