Hotel Patuh Shariah (Shariah Compliant Hotels) Sebagai Produk Baru Industri Pelancongan di Malaysia

Kertas ini membincangkan pembangunan industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada dua belas bidang utama ekonomi negara berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Industri pelancongan memerlukan pembaharuan yang dinamik dengan melahirkan produk-produk baru yang akan menarik ramai pelancong ke...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Fadil Mohd Yusof
格式: Conference or Workshop Item
出版: 2011
在線閱讀:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8935/
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kertas ini membincangkan pembangunan industri pelancongan yang merupakan salah satu daripada dua belas bidang utama ekonomi negara berdasarkan Model Ekonomi Baru (MEB). Industri pelancongan memerlukan pembaharuan yang dinamik dengan melahirkan produk-produk baru yang akan menarik ramai pelancong ke dalam negara. Salah satu produk pelancongan yang berpotensi untuk diketengahkan ialah hotel patuh shariah (shariah-compliant hotels) Ianya merupakan konsep pengurusan perhotelan yang semakin mendapat tempat di negara-negara Timur Tengah seperti di UAE dan juga Arab Saudi. Konsep hotel patuh syariah ini masih di peringkat pengenalan dan dibina bagi memenuhi permintaan kebanjiran pelancong-pelancong yang beragama Islam yang semakin bertambah. Ianya semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Arab terutama di Arab Saudi kerana beroperasi mengikut kerangka yang ditetapkan oleh Islam. Kertas ini menerangkan konsep hotel patuh shariah dan juga ciri-ciri yang perlu ada bagi menguruskan hotel yang berkonsepkan Islam tersebut berdasarkan penemuan yang diperolehi daripada sumber-sumber sekunder tentang pengurusan operasi hotel berlandaskan shariah seperti dipraktiskan oleh pengusaha-pengusaha hotel di negara Timur Tengah. Oleh kerana pertambahan masyarakat yang beragama Islam dan juga kesedaran agama di kalangan masyarakat Islam, pengusaha perhotelan perlu membangunkan produk pelancongan seperti hotel patuh shariah bagi merancakkan industri pelancongan negara yang merupakan salah satu industri yang memberi impak tinggi kepada pertumbuhan ekonomi negara