Makyong dua indera :ekplorasi kreatif menerusi animasi

Kemajuan ekonomi Jepun telah memaksa negara barat, khususnya Amerika Syarikat untuk melaksanakan agenda inovasi pada penghujung tahun 1990an dengan menjana ekonomi kreatif. Malaysia telah mengistiharkan tahun 2009 sebagai Tahun Kreatif dan Inovatif, manakala tahun 2010 sebagai Tahun Industri Kreatif...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahamad Tarmizi Azizan, Ab. Aziz Shuaib, Fauzi Hj. Ab. Llah
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8928/1/Paper%203.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8928/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kemajuan ekonomi Jepun telah memaksa negara barat, khususnya Amerika Syarikat untuk melaksanakan agenda inovasi pada penghujung tahun 1990an dengan menjana ekonomi kreatif. Malaysia telah mengistiharkan tahun 2009 sebagai Tahun Kreatif dan Inovatif, manakala tahun 2010 sebagai Tahun Industri Kreatif. Selaras dengan hasrat ini, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah mempraktikkan kaedah praktik studio sebagai Model Pembangunan Projek Tahun Akhir bagi pelajar program Teknologi Kreatif. Menerusi model ini, pelajar tahun akhir akan menjalani tiga proses penyelidikan iaitu (1) penyediaan proposal penyelidikan (semester 6), (2) pengumpulan data semasa menjalani latihan industri (semester 7) dan (3) membangunkan serta mempamerkan projek sebenar (semester 8). Model ini menekankan kaedah praktik studio dan pendekatan keusahawanan menerusi penglibatan pelajar di industri bagi pembangunan produk akhir dalam bidang multimedia (pembangunan Animasi Mak Yong bertajuk Dua Indera dengan kerjasama syarikat Hezcomm Sdn. Bhd.). Hasil dan impak daripada pelaksanaan kaedah ini, didapati model ini berupaya mendorong pelajar tahun akhir untuk menghasilkan produk yang berkualiti setaraf dengan piawaian industri. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan pengalaman Jabatan Rekabentuk dan Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, UMK dalam melaksanakan kursus-kursus berasaskan praktik studio dan pendekatan keusahawanan dalam bidang Teknologi Kreatif bagi menyumbang kearah pembangunan industri kreatif Negara.