Kepelbagaian bentuk sinergisme konsep wakaf pendidikan dan gagasan keusahawanan sosial islam

Wakaf pendidikan tinggi adalah satu gagasan besar yang berupaya menyelesaikan pelbagai isu pendidikan tinggi Khususnya isu kemandirian dari segi ekonomi dan intelektual.Manakala keusahawanan sosial pula adalah satu bidang ilmu baharu yang sedang berkembang pesat di Barat.Bidang ini juga berpotensi b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Hisham Md Nawi, Syahida Binti Sidek
Format: Conference or Workshop Item
Published: 2018
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8843/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Wakaf pendidikan tinggi adalah satu gagasan besar yang berupaya menyelesaikan pelbagai isu pendidikan tinggi Khususnya isu kemandirian dari segi ekonomi dan intelektual.Manakala keusahawanan sosial pula adalah satu bidang ilmu baharu yang sedang berkembang pesat di Barat.Bidang ini juga berpotensi besar untuk menyelesaikan permasalahan masyarakat tempatan khususnya dalam aspek ekonomi dan kebajikan.Kedua-dua idea besar jika disinergikan secara kreatif dan inovatif akan memberi impak yang besar kepada sistem pendidikan tinggi negara dan pembangunan masyarakat tempatan.Walau bagaimanapun,proses sinergi tersebut tidak dapat dilakukan dengan mudah kerana kedua-duanya datang dari tradisi dan pandangan alam yang berbeza.Menggunakan metodologi inkuiri falsafah dialektik,penulisan ini cuba meneroka kepelbagaian bentuk sinergi antara konsep wakaf pendidikan tinggi dan keusahawanan sosial dengan menjadikan gagasan pengislaman ilmu sebagai kerangka rujukan.Pelbagai kaedah dan bentuk sinergi diaplikasikan secara analitikal dan kreatif untuk menghasilkan idea baharu.Setiap bentuk sinergi tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan tertentu yang perlu ditekuni dengan lebih lanjut pada masa hadapan.