The effect of financial factors on general takaful demand among small and medium entreprises in Malaysia.

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan faktor-faktor kewangan terhadap permintaan Takaful Am di kalangan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Kajian terhadap faktor kewangan akan memberi maklumat yang bernilai kepada pengendali Takaful dalam menentukan dan meningkatkan permintaan Takaf...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fauzilah Salleh
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8770/1/FAUZILAH%20BINTI%20SALLEH.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8770/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan faktor-faktor kewangan terhadap permintaan Takaful Am di kalangan perusahaan kecil dan sederhana di Malaysia. Kajian terhadap faktor kewangan akan memberi maklumat yang bernilai kepada pengendali Takaful dalam menentukan dan meningkatkan permintaan Takaful Am di kalangan PKS. Kajian literatur telah mengenalpasti empat faktor utama kewangan yang boleh menentukan permintaan insurans korporat dan menerangkan model Takaful Am. Keempat-empat faktor tersebut adalah leveraj, kadar pertumbuhan perusahaan, kos kebankrapan dan kadar cukai. Kajian ini menggunakan model yang sama untuk mengkaji kesan faktor kewangan, persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan dan kecenderungan mengambil risiko yang mempunyai hubungan dengan permintaan Takaful Am. Kajian ini signifikan dari segi teori kerana ianya bertujuan untuk membuktikan bahawa andaian konvensional yang mengatakan bahawa faktor kewangan hanya memberi kesan kepada permintaan terhadap insurans adalah tidak mencukupi untuk menerangkan model permintaan Takaful Am dalam konteks ekonomi kewangan. Satu penjelasan yang lebih tepat yang menggabungkan pembolehubah „persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan' dan 'kecenderungan mengambil risiko' telah digunakan untuk menjelaskan model permintaan Takaful Am. Oleh itu, antara objektif kajian adalah untuk mengkaji peranan “mediator” (persepsi terhadap risiko yang diinsuranskan) dan “moderator” (kecenderungan mengambil risiko), dua pembolehubah yang mempunyai hubungan dengan faktor-faktor kewangan PKS dan permintaan Takaful Am di kalangan PKS Malaysia.