Sumbangan Che Su dan keluarga kepada pembangunan perusahaan batik di Kelantan

Batik merupakan tekstil utama bagi Masyarakat Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini. Kajian terhadap industri batik yang bertahan lebih 100 tahun dahulu pada tahun 2011, menggambarkan bahawa batik boleh diterima umum dari semasa ke semasa dan perkembangannya sentiasa mengikut arus globalisasi. Kaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nik Yusnita Nik Ahmed
Format: UMK Etheses
Language:English
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8757/1/NIK%20YUSNITA%20NIK%20AHMED.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8757/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Batik merupakan tekstil utama bagi Masyarakat Melayu dari dahulu sehingga ke hari ini. Kajian terhadap industri batik yang bertahan lebih 100 tahun dahulu pada tahun 2011, menggambarkan bahawa batik boleh diterima umum dari semasa ke semasa dan perkembangannya sentiasa mengikut arus globalisasi. Kajian yang dijalankan lebih tertumpu terhadap pengasas batik di Kelantan iaitu Haji Che Su bin Ishak yang masih ramai tidak mengetahui mengenai pelopor batik di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya ini. Che Su dan keluarga dipilih dalam kajian ini adalah kerana beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan batik di Kelantan. Wawancara bersama pewaris Che Su untuk mendapatkan maklumat mengenai sejarah diri beliau terutamanya ketika penglibatan awal dalam perusahaan batik sehingga kepada pewarisnya sekarang. Batik merupakan salah satu industri kreatif yang mampu menjana pendapatan ekonomi dalam Negara. Manakala, Haji Che Su merupakan salah seorang pengusaha yang kreatif pada waktu tersebut, kerana mampu menzahirkan pelbagai jenis corak batik tanpa bantuan alatan teknologi yang canggih seperti yang terdapat pada hari ini. Sumbangan beliau dalam dunia batik banyak memberi peluang pekerjaan kepada seluruh keluarga pembatik di Kelantan khasnya. Kajian ini telah membuktikan bahawa perindustrian batik yang dijalankan sejak tahun 1911, masih bertahan sehingga ke hari ini dan legasi perniagaan beliau telah dipimpin oleh pewarisnya sehingga ke generasi yang keempat, sekaligus kepada perkembangan kepada dunia batik selepas kemunculan perusahaan-perusahaan batik lain dalam negara. Seterusnya, melalui perusahaan batik yang dijalankan, mereka melakukan inovasi apabila turut mempelbagaikan kegiatan perusahaan dan kebanyakan daripada mereka bergiat aktif dalam bidang keusahawan.