Rumusan konsep dan hala tuju

Konsep usahawan dan keusahawanan mula menjadi perhatian masyarakat dunia ekoran daripada revolusi industri yang telah berlaku di Eropah pada abad ke-18. Hasil kreativiti dan inovasi segolongan manusia, iaitu usahawan, melalui aktiviti keusahawanan mereka telah mengubah cara dunia berfikir dan bertin...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Rosli Mohamad, Noor Hisham Md Nawi
Format: Book Section
Language:English
Published: Universiti Malaysia Kelantan 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8620/1/Rumusan%20Konsep%20Dan%20Hala%20Tuju.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8620/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Konsep usahawan dan keusahawanan mula menjadi perhatian masyarakat dunia ekoran daripada revolusi industri yang telah berlaku di Eropah pada abad ke-18. Hasil kreativiti dan inovasi segolongan manusia, iaitu usahawan, melalui aktiviti keusahawanan mereka telah mengubah cara dunia berfikir dan bertindak dalam menjalani kehidupan harian. Pada awal revolusi industri, aktiviti keusahawanan dilakukan oleh usahawan kecil atau lebih dikenali sebagai keusahawanan Schumpeterian. Namun begitu, persaingan yang hebat di pasaran Eropah dan keperluan organisasi itu sendiri untuk terus kekal bersaing, organisasi besar mulai muncul di Eropah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Dengan kuasa modal dan teknologi yang ada, kumpulan organisasi perniagaan gergasi dunia dari Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Korea Selatan terus menguasai dunia keusahawanan. Walaupun organisasi perniagaan kecil dan sederhana lebih dominan dari segi bilangan pertubuhan, dominasi organisasi besar lebih ketara dari segi guna tenaga, pelaburan dan bahagian pasaran (Mohd Rosli, 2000).