Pengurusan dana pusat ibadah: Kajian eksplorasi kes beberapa masjid di Kelantan.

Kebanyakan masjid di Malaysia kurang menggunakan dana masjid secara berkesan serta hanya cenderung untuk menyimpan dana tersebut di dalam bank atau seumpamanya bagi mendapatkan pulangan yang minimum. Keadaan ini telah membataskan aktiviti masjid terhadap masyarakat setempat. Kekurangan dana akan mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Rushdan Yasoa, Mohd Safwan Ghazali, Mohd Afifie Mohd Alwi, Azira Hanani Ab Rahman, Siti Salwani Abdullah, Ahmad Ridhuwan Abdullah, Mohammad Ismail, Mohd Rafi Yaacob
Format: Non-Indexed Article
Published: Journal of Education and Social Sciences 2016
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8458/
http://jesoc.com/wp-content/uploads/2016/11/JESOC5_80.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kebanyakan masjid di Malaysia kurang menggunakan dana masjid secara berkesan serta hanya cenderung untuk menyimpan dana tersebut di dalam bank atau seumpamanya bagi mendapatkan pulangan yang minimum. Keadaan ini telah membataskan aktiviti masjid terhadap masyarakat setempat. Kekurangan dana akan memberi kesan kepada aktiviti masjid serta komuniti setempat dan juga pembangunan fizikal masjid itu sendiri. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui sumber dana masjid, mengkaji pengurusan agihan dana masjid dan mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan dana masjid. Kaedah pengumpulan data secara kualitatif melalui temuramah secara mendalam telah dijalankan ke atas tiga buah masjid di Kelantan. Penemuan daripada hasil kajian ini telah mengukuhkan dapatan kajian yang lepas iaitu sumber dana masjid banyak bergantung kepada hasil sumbangan dan derma daripada orang ramai. Pengurusan dana masjid pula telah digunakan secara optimum bagi perbelanjaan pengurusan dan perbelanjaan pembangunan masjid. Ironinya, masjid-masjid ini tidak mempunyai masalah dari segi perolehan sumber kerana mereka menerima sumbangan yang berterusan daripada orang ramai. Walau bagaimanapun, beberapa idea bagi memperkasakan sistem pengurusan dana telah dicadangkan. Antara lainnya adalah seperti memanfaatkan dana untuk aktiviti perniagaan, mewujudkan program penandaarasan dan memperbanyakkan aktiviti pengisian yang bukan sahaja bersifat ritual tetapi mampu menjana pendapatan tambahan kepada institusi masjid.