Elemen kerohanian dalam keusahawanan Islam: kajian terhadap usahawan berjaya di negeri Kelantan

Kerohanian merupakan aspek penting dalam konteks keusahawanan Islam. Malah isu pencapaian usahawan Melayu yang dikaitkan dengan sikap juga dilihat berkait rapat dengan nilai keagamaan sebagai salah satu jalan penyelesaian. Namun tidak banyak kajian yang meneliti aspek ini secara mendalam khususnya t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Zain Mubarak, Asyraf Hj. Abdul Rahman, PhD, Mohd Rafi Yaacob
Format: Non-Indexed Article
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/8164/
http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2015/03/5.-Elemen-Kerohanian-web.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kerohanian merupakan aspek penting dalam konteks keusahawanan Islam. Malah isu pencapaian usahawan Melayu yang dikaitkan dengan sikap juga dilihat berkait rapat dengan nilai keagamaan sebagai salah satu jalan penyelesaian. Namun tidak banyak kajian yang meneliti aspek ini secara mendalam khususnya terhadap usahawan berjaya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka aspek kerohanian dengan mengenal pasti apakah ciri-ciri berkaitan dan kepentingannya dari sudut motivasi dan pencapaian yang membawa kepada kejayaan dalam keusahawanan. Melalui kaedah temu bual mendalam (in-depth interview) dan analisis tema yang dilakukan, hasil kajian mendapati ciri-ciri dan amalan kerohanian mempengaruhi motivasi usahawan membina keyakinan dan ketahanan diri, berpegang kepada prinsip akhlak dan turut membantu kepada aspek pengurusan yang lebih cekap dan bertanggungjawab sehingga membawa kepada kejayaan dalam perusahaan yang diceburi.