Kaunseling dalam masyarakat Islam: penelitian terhadap Hadis Nabawi

Meskipun setiap sarjana memberikan definisi yang berbeza antara satu sama lain, namun pada asasnya mereka bersependapat bahawa kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang bermotifkan memberi khidmat bimbingan, pertolongan serta bantuanoleh seseorang yang mempunyai kelayakan tertentu iaitu kauns...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Musa, Nik Yusri, Ijon, Ruzaini
Format: Non-Indexed Article
Language:English
Published: UMK Press 2018
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7591/1/Kaunseling%20Dalam%20Masyarakat%20Islam.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7591/
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Meskipun setiap sarjana memberikan definisi yang berbeza antara satu sama lain, namun pada asasnya mereka bersependapat bahawa kaunseling merupakan suatu proses interaksi yang bermotifkan memberi khidmat bimbingan, pertolongan serta bantuanoleh seseorang yang mempunyai kelayakan tertentu iaitu kaunselor sebagai pembimbing kepada individu yang menghadapi masalah yang disebut sebagai klien. Kaunseling merupakan satu proses interaksi bersemuka dalam bentuk membimbing, menolong dan membantu antara dua pihak. Bidang kaunseling dan kerja sosial mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kedua-dua bidang ini bermula dan berkembang sebagai satu disiplin ilmu di Barat. Kompetensi pengamal kedua-dua bidang ini juga dipantau oleh badan yang dibentuk. Teori kerja sosial dan kaunseling berkongsi laluan pembangunan yang sama iaitu daripada bidang psikologi dan sosiologi. Selain menjadi satu bidang disiplin ilmu yang tersendiri, kaunseling juga digunakan dalam praktis kerja sosial. Penulisan ini adalah merupakan suatu usaha untuk melihat kaunseling dari aspek hadith Nabawi. Meskipun bidang kaunseling merupakan suatu bidang yang diperkenalkan oleh para sarjana Barat, namun asas-asas pemikiran kaunseling dapat dilihat dan diteliti melalui beberapa hadith Rasulullah s.a.w. Perbezaan pandangan jagat terhadap sumber ilmu juga merupakan perkara pokok wujudnya perbandingan antara kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Barat dengan kaunseling yang diamalkan dalam masyarakat Islam. Penelitian secara umum dapat dilihat dalam penulisan ini. Penulisan ini merumuskan bahawa Islam bukan hanya melihat kaunseling sebagai kerjaya semata-mata akan tetapi ia adalah sebagai suatu ibadat yang perlu dilakukan oleh individu-individu yang berkelayakan.