Penentuan benefisiari bagi manfaat takaful berasaskan konsep ʻUmrā dan Ruqbā: penelitian dari sudut Fiqh

Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian penggunaan konsep ʻumrā dan ruqbā sebagai asas kepada hibah bersyarat dalam menentukan benefisiari bagi manfaat takaful, sebagaimana yang terkandung di dalam Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Ak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ahmad, Mohd Kamil
Format: Non-Indexed Article
Language:English
Published: UMK Press 2018
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7585/1/Penentuan%20Benefisiari%20bagi%20Manfaat%20Takaful%20Berasaskan%20Konsep%20%CA%BBUmr%C4%81.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7585/
http://insaniah.umk.edu.my/journal/index.php/insaniah/issue/view/3
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk meneliti kesesuaian penggunaan konsep ʻumrā dan ruqbā sebagai asas kepada hibah bersyarat dalam menentukan benefisiari bagi manfaat takaful, sebagaimana yang terkandung di dalam Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islam oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Persoalan yang ditimbulkan ialah: Adakah penggunaan konsep ruqbā sebagai asas kepada hibah bersyarat adalah tepat memandangkan status manfaat takaful sebagai harta milik peserta masih lagi samar? Melalui kaedah deskriptif dan analisis teks berasaskan pendekatan fiqh perbandingan mazhab, kajian ini meneliti realiti sebenar manfaat takaful dan memperhalusi perbahasan fuqaha mengenai ʻumrā dan ruqbā bagi menjelaskan kesesuaian penggunaan konsep ini sebagai asas pengurusan manfaat takaful menggunakan hibah bersyarat. Kajian ini mendapati bahawa sifat manfaat takaful yang belum wujud dan tidak mampu dimanfaatkan semasa hibah bersyarat dibuat menjadikan penggunaan ruqbā sebagai asas pertimbangan bagi hibah bersyarat ini tidak tepat. Ini berikutan, perbahasan fuqaha mengenai ʻumrā dan ruqbā adalah mengenai pemindahan hak milik yang dilakukan ke atas sesuatu harta yang telah wujud dan boleh dimanfaatkan semasa akad tersebut dibuat. Begitu juga, sebahagian fuqaha yang mengharuskan ʻumrā dan juga ruqbā serta menyatakan bahawa syarat yang terkandung di dalam keduanya sebagai harus, asas bagi pendapat mereka adalah; ʻumrā dan ruqbā merupakan akad yang menyebabkan pemindahan hak milik ke atas manfaat sesuatu harta seperti ʻāriyah, dan bukannya fizikal harta tersebut, yang membawa maksud bahawa harta yang dihibahkan telah wujud dan sedia untuk dimanfaatkan.