Pembinaan penanda molekul bagi kultur tisu kelapa sawit prolifik

Penggunaan penanda DNA boleh mengurangkan masalah dalam kultur tisu khususnya apabila diaplikasikan semasa pemilihan pokok untuk kultur tisu. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membina penanda molekul bagi kultur tisu kelapa sawit prolifik dengan menggunakan teknik polimorfisme pa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Khadijah A. Karim, Nik Marzuki Sidik
Format: Indexed Article
Language:English
Published: 2018
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7404/1/Sains%20Malaysiana.pdf
http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2018-4708-09
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7404/
http://dx.doi.org/10.17576/jsm-2018-4708-09
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penggunaan penanda DNA boleh mengurangkan masalah dalam kultur tisu khususnya apabila diaplikasikan semasa pemilihan pokok untuk kultur tisu. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk membina penanda molekul bagi kultur tisu kelapa sawit prolifik dengan menggunakan teknik polimorfisme panjang cebisan teramplifikasi (AFLP). Analisis AFLP dijalankan ke atas 20 klon kelapa sawit yang terbahagi kepada tiga kelas iaitu klon tidak prolifik (10 jenis klon), klon normal (6 jenis klon) dan klon prolifik (4 jenis klon). Kesemua klon yang digunakan adalah daripada titisan sel yang berbeza. Sebanyak 25 kombinasi pencetus telah digunakan dalam analisis AFLP dan 13 daripada mereka memberikan corak amplifikasi polimorfisme. Daripada hasil ini, sebanyak 44 cebisan polimorfik telah dipencilkan dengan 33 cebisan adalah bagi klon tidak prolifik, 1 cebisan bagi normal dan 10 cebisan bagi klon prolifik. Cebisan ini telah diklon ke dalam plasmid, berjujukan dan seterusnya, analisis jujukan dijalankan. Sebanyak 36 cebisan polimorfik telah digunakan bagi kajian seterusnya. Berdasarkan kepada jujukan yang diperoleh, sepasang pencetus yang khusus kepada setiap cebisan telah dijana. Jangkaan julat saiz jalur DNA yang diamplifikasi bagi setiap pencetus adalah antara 70 hingga 500 bp. Pasangan pencetus yang optimum diuji ke atas 20 jenis klon kelapa sawit untuk mengesahkan penanda yang telah dibina. Daripada 36 pasangan pencetus yang dibina, 2 pasang pencetus telah menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai penanda kepada kultur tisu kelapa sawit prolifik.