Satu kajian terhadap perbezaan adat perkahwinan masyarakat melayu di Pantai Timur(Kelantan, Terengganu dan Pahang)

Adat perkahwinan melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang melayu daripada zaman turun temurun bagi menggambarkan identiti masyarakat melayu pada ketika itu.Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Elida Ab'llah
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2010
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/7274/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Adat perkahwinan melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang melayu daripada zaman turun temurun bagi menggambarkan identiti masyarakat melayu pada ketika itu.Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan melayu yang sebenar.Terdapat beberapa peringkat penting di dalam sesuatu majlis perkahwinan masyarakat melayu yang perlu diketahui oleh semua masyarakat.Di dalam kajian yang dibuat adalah berkaitan adat perkahwinan masyarakat melayu di pantai timur iaitu di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.Bagi ketiga-tiga negeri tersebut dapat dilihat perbezaan adat yang diamalkan oleh masyarakat dahulu dan sekarang.Malahan adat yang diamalkan sekarang jauh lebih berbeza dengan adat perkahwinan yang asal.Bagi menjalankan sesuatu adat perkahwinan perlulah melalui beberapa peringkat penting yang perlu diamalkan.Terdapat tiga peringkat penting di dalam adat perkahwinan iaitu pada peringkat pertama adalah merisik, meminang dan menghantar belanja dan akad, pada peringkat kedua pula adalah berandam dan berinai dan peringakt ketiga ialah bersanding, mandi limau dan sambut menyambut.Di dalam setiap peringkat adat yang diamalkan dapat dilihat perbezaan yang diamalkan oleh setiap masyarakat di pantai timur.Dengan pepatah melayu "biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu.Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu.Kebanyakan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga dipanggil sebagai ritual.