Gaya pakaian remaja perempuan.

Rekaan pakaian kasual untuk remaja perempuan ini diinspirasikan daripada gaya pakaian remaja itu sendiri.Rekaan ini mengambil pohon semalu sebagai motif utama dalam setiap rekaan.Baju yang direka sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja untuk majlis yang tidak formal sebagai contoh ke kampus,membe...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Halima, Ishak
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6967/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Rekaan pakaian kasual untuk remaja perempuan ini diinspirasikan daripada gaya pakaian remaja itu sendiri.Rekaan ini mengambil pohon semalu sebagai motif utama dalam setiap rekaan.Baju yang direka sesuai untuk digayakan ke mana-mana sahaja untuk majlis yang tidak formal sebagai contoh ke kampus,membeli belah dan sebagainya.Rekaan bagi motif ini dihasilkan menggunakan teknik printing silk screen sebagai alternatif kepada pengenalan gaya remaja yang gemar dengan gaya ringkas dan sederhana.Penggunaan warna bagi rekaan ini mengambil warna yang sinonim dengan remaja perempuan yang biasanya dikaitkan dengan warna lembut seperti merah jambu,biru dan oren.Manakala fabrik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian santai ini ialah cotton lycra dan denim sebagai memenuhi citarasa golongan remaja.Pohon semalu atau nama saintifik ialah Mimosa pudica dipilih sebagai inspirasi kerana wanita sering dikaitkan dengan pohon semalu yang merupakan pohon sensitif apabila disentuh ia akan menguncup.