Kempen demam denggi di negeri Kelantan melalui infografik.

Kajian ini merupakan kajian mengenai kempen demam denggi di negeri Kelantan melalui infografik.Isu demam denggi di Kelantan semakin serius kerana laporan statistik di kenyataan akhbar menyatakan jumlah kes denggi di negeri Kelantan meningkat.Demam denggi adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ain Nurafiqah, Zainal
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6965/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini merupakan kajian mengenai kempen demam denggi di negeri Kelantan melalui infografik.Isu demam denggi di Kelantan semakin serius kerana laporan statistik di kenyataan akhbar menyatakan jumlah kes denggi di negeri Kelantan meningkat.Demam denggi adalah penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut.Walaupun begitu,demam denggi masih menghantui sebahagian besar penduduk di negeri Kelantan.Kajian dijalankan di sekitar kawasan Kota Bharu.Medium yang digunakan untuk mengatasi masalah ini ialah infografik.Objektif kajian adalah memberi kesedaran dan maklumat mengenai demam denggi kepada penduduk di negeri Kelantan melalui infografik.Manakala,objektif seterusnya adalah untuk menghasilkan infografik yang tidak membosankan kepada penduduk di negeri Kelantan.Terdapat beberapa kaedah yang digunakan iaitu kualitatif dan kuantitatif.Mengumpul data daripada buku rujukan,rujukan perpustakaan dan maklumat daripada sumber internet.Kajian ini adalah untuk menyedarkan masyarakat di negeri Kelantan mengenai bahaya demam denggi dan memberi maklumat tentang demam denggi melalui infografik.