Infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan.

Kajian ini adalah mengenai infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan.Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan melayu.Kehalusan seni ukir kayu Kelantan terbukti tinggi nilainya terutama ukiran tradisional...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aribah, Tahir
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6841/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini adalah mengenai infografik dalam menyampaikan maklumat tentang ukiran kayu Kelantan.Seni ukiran merupakan salah satu daripada tradisi kraftangan yang telah lama bertapak dalam sejarah ketamadunan melayu.Kehalusan seni ukir kayu Kelantan terbukti tinggi nilainya terutama ukiran tradisional.Seni ukiran kayu adalah di antara media pengucapan seni orang melayu dahulu kala.Seni ukir merupakan suatu hasil ciptaan yang tinggi seninya.Tetapi akibat daripada pengaruh-pengaruh dan masalah-masalah tertentu,perkembangannya pada zaman moden ini tidaklah begitu baik atau tidak mencapai satu peringkat yang boleh membanggakan masyarakat melayu.Kajian yang dijalankan ini adalah satu kajian mengenai pemahaman orang ramai tentang ukiran kayu Kelantan iaitu melalui infografik di sekitar kawasan negeri Kelantan.Ini kerana,orang ramai mengetahui tentang ukiran kayu hanya dari buku-buku yang mana penyampaian dalam buku tersebut panjang yang tidak ada yang ringkas.Setakat ini tidak ada sesuatu yang ringkas dalam menyampaikan maklumat mengenai ukiran kayu.Kajian ini dilakukan untuk memperkenalkan ukiran kayu melalui infografik dalam keadaan yang ringkas dan padat.Perbincangan masalah ini akan mencetuskan tujuan dan persoalan kajian untuk menghasilkan sebuah infografik yang menarik dan dapat menyampaikan mesej dengan cara yang berkesan kepada kumpulan sasaran.Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti infografik yang sesuai dan menarik di samping dapat memepengaruhi dan menyampaikan mesej dengan berkesan kepada golongan masyarakat yang tertentu.