Kajian tentang kempen kebersihan melalui penekanan mesej islam dalam lingkungan kawasan pasar di negeri Kelantan
Isu kebersihan amat signifikan dengan komuniti Kelantan.Pasar menjadi salah satu tempat utama berlakunya lambakan sampah sarap.Dengan teras kerajaan negeri Kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam",ianya dilihat amat tidak selari dengan hasrat tersebut.Maka,kajian yang tertumpu pada lingkun...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Undergraduate Final Project Report |
Published: |
2015
|
Online Access: | http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6725/ http://ftkw.umk.edu.my |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Isu kebersihan amat signifikan dengan komuniti Kelantan.Pasar menjadi salah satu tempat utama berlakunya lambakan sampah sarap.Dengan teras kerajaan negeri Kelantan iaitu "Membangun Bersama Islam",ianya dilihat amat tidak selari dengan hasrat tersebut.Maka,kajian yang tertumpu pada lingkungan kawasan pasar di negeri Kelantan ini yang mengambil Pasar Besar Siti Khadijah sebagai fokus kajian bertujuan membantu memberi kaedah kesedaran yang sangat berkesan khususnya dalam konteks visualisasi dalam kalangan peniaga di kawasan pasar supaya lebih peka terhadap kepentingan menitikberatkan kebersihan sebagai salah satu aspek yang sangat penting untuk diambil perhatian.Bagi menyokong keberkesanan kempen,pengkaji mengambil pendekatan penekanan mesej Islam dalam olahan medium visual yang dihasilkan agar ianya terus sampai kepada perhatian audien.Kelantan yang majoriti besarnya menganuti agama Islam yanag mana seruan menjaga kebersihan adalah menggambarkan sebahagian daripada iman.Pengkaji mengambil inisiatif membangunkan produk kempen yang bersesuaian hasil maklum balas responden.Tiga produk penting yang dihasilkan adalah logo,poster asas kempen dan montaj kempen berdurasi 15 saat.Konsep yang diterapkan dalam rekaan pula adalah gabungan imej dan tipografi memandangkan ianya mampu memberi impak yang tinggi kepada audien.Tambahan moto "Pasar Bersih Hidup Sejahtera" serta penggunaan dalil asas menjadi tonggak asas kekuatan mesej yang ingin diketengahkan. |
---|