Kajian dalam mempromosikan kuih tradisional Jala Mas Kelantan.

Kajian ini memberi tumpuan kepada mempromosikan kuih tradisional Jala Mas melalui penghasilan poster.Tiada hebahan serta promosi yang berterusan terhadap kuih tradisional Jala Mas ini pada umum masyarakat negeri Kelantan.Penyelidik terlebih dahulu membuat kajian terperinci sebelum menghasilkan sebua...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Afifah Hanim, Ag Lah
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6713/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini memberi tumpuan kepada mempromosikan kuih tradisional Jala Mas melalui penghasilan poster.Tiada hebahan serta promosi yang berterusan terhadap kuih tradisional Jala Mas ini pada umum masyarakat negeri Kelantan.Penyelidik terlebih dahulu membuat kajian terperinci sebelum menghasilkan sebuah poster.Pelbagai langkah telah di ambil untuk menghasilkan poster mempronmosikan kuih tradisional Jala Mas.Bermulanya kajian penyelidik membuat penyelidikan di kawasan yang terdapat kuih tradisional Jala Mas iaitu di Pasar Siti Khadijah,di Kota Bharu.Temu bual penyelidik dengan beberapa orang peniaga dan pembeli kuih Jala Mas kawasan Pasar Siti Khadijah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan dan mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat sekitar.Hasil kajian,penyelidik mendapati medium poster mencatatkan jumlah paling tinggi hasil edaran borang soal selidik dan temu bual masyarakat.Beberapa lakaran hasil idea penyelidik dalam menghasilkan poster yang bersesuaian dan mudah difahami masyarakat.Ia juga bertujuan untuk mengenalpasti poster yang sesuai untuk mempromosikan kuih tradisional Jala Mas kepada masyarakat.Sebagai seorang yang mempunyai latar belakang dalam komunikasi visual,penyelidik mengambil langkah memperkenalkan kuih tradisional Jala Mas melalui medium penyampaian poster.Selari dengan pendekatan pelbagai kajian terdahulu telah dijalankan untuk memenuhi objektif kajian.Penyelidik perlu membuat kajian terperinci jenis-jenis poster dan konsep yang perlu digunakan untuk menarik minat masyarakat.Dengan adanya medium poster yang bersesuaian dan penggunaan grafik yang menarik mampu menarik perhatian dan minat masyarakat untuk melihatnya.