Dramaturgi dalam iklan majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)

Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,perkhidmatan,peluang pekerjaan,inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.Manakala iklan televisyen ialah sebuah rancangan televisyen yang dibuat dan dibayar oleh sesebuah organisasi menyampaikan mesej,biasanya untuk memasarkan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Sakinah, Mohamad
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6708/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Iklan merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan barangan,perkhidmatan,peluang pekerjaan,inspirasi dan maklumat kepada yang ingin disampaikan.Manakala iklan televisyen ialah sebuah rancangan televisyen yang dibuat dan dibayar oleh sesebuah organisasi menyampaikan mesej,biasanya untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.Sesebuah iklan yang hebat bergantung kepada plot ceritanya iaitu dipanggil dramaturgi.Dramaturgi merupakan alur emosi dalam sebuah cerita atau juga naik-turung plot atau naik-turungnya alur cerita dalam sesebuah karya sama ada drama,filem,iklan atau pun teater.Dramaturgi memainkan peranan yang besar kerana tanpa dramaturgi yang lengkap sebagai jalan cerita tidak akan menarik dan tidak dapat mempengaruhi para penonton.Sebab itulah objektif utama dalam kajian ini ialah untuk mengenalpasti dramaturgi dalam iklan,untuk mengetahui kaedah menghasilkan dramaturgi dalam iklan MAIK dan untuk mengetahui kaedah persepsi pakar tentang dramaturgi dalam iklan Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK).Kajian ini bertujuan untuk membuka minda masyarakat tentang pentingnya dramaturgi dalam iklan Malis Agama Islam Kelantan (MAIK)dalam memberi maklumat kepada masyarakat khususnya masyarakat Kelantan dan warga emas yang tidak pandai dalam dunia IT.Dan penting kepada Majlis Agama Islam Kelantan(MAIK) dalam menyampaikan maklumat tentang jabatan tersebut.