Dokumentasi perubatan tradisional Main Teri.

Main Teri merupakan perubatan tradisional yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat melayu sejak beberapa abad yang yang lampau.Main Teri ini sangat terkenal dan diamalkan oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Pattani.Main Teri merupakan sebuah persembahan yang dilakukan untuk mengubati peny...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Nur Amanina, Muhamad
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2015
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/6701/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Main Teri merupakan perubatan tradisional yang mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat melayu sejak beberapa abad yang yang lampau.Main Teri ini sangat terkenal dan diamalkan oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Pattani.Main Teri merupakan sebuah persembahan yang dilakukan untuk mengubati penyakit pada masa dahulu.Kajian ini dilakukan kerana kurangnya dokumentasi visual tentang Main Teri.Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah pemerhatian,kajian lapangan,kaedah temubual dan kaedah rakaman.Dokumentasi visual ini lebih kepada konsep untuk para remaja dan ianya hanya menggunakan lebih kepada gambar.Hal ini kerana,melalui visual sahaja orang akan dapat fahami walaupun tiada penyataan pada gambar tersebut.Warna yang digunakan untuk menghasilkan medium ini ialah warna kelabu dan warna oren.Tujuan penggunaan warna oren adalah untuk menerangkan pada sesuatu reka bentuk yang dihasilkan.Selain itu,tipografi yang digunakan untuk tajuk utama ialah Old Sans Black dan tipografi untuk semua teks ialah Helvetica.Reka bentuk yang dihasilkan akan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang Main Teri kepada orang ramai terutamanya kepada golongan muda.Oleh itu,diharapkan dengan penghasilan medium dokumentasi visual ini juga dapat membantu perubatan tradisional Main Teri ini daripada pupus dan dapat memberikan pengetahuan yang jelas kepada orang ramai terutamanya kepada golongan muda.