Nilai-nilai murni dalam filem dongeng rakyat Melayu

Kajian ini dibuat ke atas tiga buah filem dongeng rakyat iaitu Bawang Putih Bawang Merah (1959), Batu Belah Batu Bertangkup (1959) dan Si Tanggang (1961). Filem ini dilihat sebagai filem yang mampu mengajar dan mendidik. Objektif kajian adalah untuk mengenali filem-filem dongeng rakyat, mengkaji uns...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tuan Zuraimi Tuan Mohamad
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5633/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat ke atas tiga buah filem dongeng rakyat iaitu Bawang Putih Bawang Merah (1959), Batu Belah Batu Bertangkup (1959) dan Si Tanggang (1961). Filem ini dilihat sebagai filem yang mampu mengajar dan mendidik. Objektif kajian adalah untuk mengenali filem-filem dongeng rakyat, mengkaji unsur nilai dalam filem dongeng rakyat, mengkaji peranan rakyat, mengkaji unsur nilai dalam filem dongeng rakyat, mengkaji peranan filem dan sumbangannya. Gabungan kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kajian teks atau perpustakaan dan melalui tontonan filem dapat memperlihatkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam filem dongeng rakyat. Filem berperanan mengajar dan mendidik melalui nilai-nilai murni yang sekaligus membentuk humanistik, mengasah ketajaman berfikir dan memperlihatkan gambaran masyarakat dahulu. Manakala, kajian terhadap filem ini juga mampu memberi sumbangan kepada individu lain, masyarakat, institusi dan kepada Negara. Teori yang digunakan ialah teori moral yang terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu nilai mazmumah dan nilai mahmudah. Membezakan kedua-dua nilai moral tersebut adalah kearah kebaikan dan keburukan. Antara nilai moral ini dapat dilihat dari segi nilai berkaitan dengan perkembangan diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, nilai berkaitan hak-hak asasi manusia, demokrasi dan berkaitan dengan keamanan dan keharmonian. Kajian ini juga mencatatkan profile dan sinopsis setiap filem, nilai moral dan sumbangan filem-filem dongeng dalam proses membentuk masyarakat yang mana profile filem yang dinyatakan genre, kategori. tema. persoalan, dan aliran filem-filem tersebut.