Kajian tentang nilai murni dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said

Kajian ini dibuat keatas 29 buah lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Nyayian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh ahli masyarakat tradisional masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik masyarakat.Ini jelas kita lihat penglipur l...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Asmira Mat Din
Format: Undergraduate Final Project Report
Language:Malay
Published: 2011
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5578/1/NUR%20ASMIRA%20BINTI%20MAT%20DIN.pdf
http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5578/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dibuat keatas 29 buah lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Nyayian rakyat merupakan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh ahli masyarakat tradisional masa lalu yang rata-ratanya bukan sekadar menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik masyarakat.Ini jelas kita lihat penglipur lara masa lalu merupakan institusi pendidikan yang tidak formal dalam masyarakat tradisi. Mereka menyusun masyarakat dengan cerita dan lagu. Memberi iktibar dan tauladan melalui cerita dan lagu yang disampaikan. Objektif kajian adalah untuk mengkaji unsur nilai nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said dan juga mengkaji unsur pendidikan yang terdapat dalam lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said. Kaedah kajian yang utama digunakan dalam kajian ini ialah kaedah perpustakaan dan kajian teks. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif. kajian kualitatif mencari dan mengumpul bahan yang relevan dengan rujukan yang dikaji seperti istilah, konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu fenomena dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kaedah kajian teks. Bahan yang terkumpul dianalisis dengan berpusatkan kepada pengajaran dan pendidikan dalam kajian teks, pendekatan yang digunakan ialah pendekatan sosiologi. Teori sosiologi yang mengatakan sesebuah karya itu ada unsur-unsur mengajar dan mendidik. Selain itu, Pendekatan sosiologi memang menekankan aspek ajaran-ajaran sosiol, iaitu karya tersebut ingin mengajar bagaimana hendak menjadi seorang rakyat yang berguna, manusia yang sensitif terhadap tugas kemasyarakatan, bertanggungjawab dan bersedia berjuang demi kepentingan rakyat bawahan. Teori ini juga menerangkan mengenai diri seseorang penyair iaitu diri penyair tersebut dapat dilihat melalui karyanya. Dari sudut pensejarahannya, pendekatan sosiologi ini sebenarnya merupakan lanjutan dari pendekatan historikal. Pencarian maklumat melalui teks ini lebih menekankan kepada bahan-bahan sastera, khususnya sastera rakyat. Lagu-lagu yang hendak dikaji akan didengari terlebih dahulu dan di skripkan semula untuk memudahkan pengkaji melihat nilai-nilai murni yang terdapat dalam lagu-lagu tersebut. Pengkaji hanya memfokuskan kajiannya hanya kepada lagu-lagu rakyat koleksi Aripin Said sahaja.