Khasiat dan pemprosesan kelulut : satu kajian kes

Perusahaan madu lebah kelulut adalah satu aktiviti yang berpotensi mendapat hasil yang lumayan.Madu lebah kelulut merupakan salah satu makanan yang begitu berkhasiat dan mempunyai antioksida yang tinggi berbanding dengan lebah-lebah yang lain.Lebah kelulut atau nama saintifiknya adalah Trigona spp....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Aikar Derahman
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2014
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5315/
http://ftkw.umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perusahaan madu lebah kelulut adalah satu aktiviti yang berpotensi mendapat hasil yang lumayan.Madu lebah kelulut merupakan salah satu makanan yang begitu berkhasiat dan mempunyai antioksida yang tinggi berbanding dengan lebah-lebah yang lain.Lebah kelulut atau nama saintifiknya adalah Trigona spp. dan mempunyai 150 spesis di serata dunia sementara 29 spesies daripadanya boleh ditemui di Malaysia.Meskipun ia tergolong dalam spesis lebah,namun kelulut tidak berbahaya dan tidak menyerang manusia. Keunikan lebah kelulut bukan sahaja bertindak sebagai ejen pendebungaan malah boleh mengumpul madu.Namun begitu lebah kelulut sukar diperolehi kerana berada di dalam hutan.Selain itu juga,masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran kerana mengganggap madu lebah biasa lebih berkhasiat daripada lebah kelulut.Hal ini juga,mempunyai halangan dalam penternakan madu kelulut kerana faktor alam semulajadi dan serangga menyebabkan lebah kelulut meninggalkan sarangnya.Madu kelulut mempunyai banyak khasiatnya antaranya menyembuh penyakit gastrik,luka dalaman dan sebagainya.Dengan menggunakan kaedah kajian temu bual serta perpustakaan melalui analisis dokumen,suatu kajian yang berkaitan dengan khasiat madu kelulut dan cara penternakan madu kelulut.Pengumpulan data berkaitan dengan buku-buku rujukan,jurnal,suratkhabar,risalah dan kajian lepas telah digunakan dalam mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kajian ini melihat perkembangan madu kelulut di Malaysia yang begitu tinggi permintaannya,potensi madu kelulut dan kepentingannya serta cadangan untuk memajukan perusahaan madu kelulut dalam penternakan di Malaysia.