Satu kajian masyarakat "Upcycle" konsep dalam rekabentuk perabot

“Upcycled' merupakan satu prosses menukarkan bahan lama kepada sesuatu yang baru,cantik dan kreatif. Proses ini juga penting bagi menjaga eco system alam sekitar. Dengan adanya proses upcycled,longgokkan sampah akan dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan sisa buangan ke tempat pelupusan sampa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shafirul Azri Mohd Raffi
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2017
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/5293/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:“Upcycled' merupakan satu prosses menukarkan bahan lama kepada sesuatu yang baru,cantik dan kreatif. Proses ini juga penting bagi menjaga eco system alam sekitar. Dengan adanya proses upcycled,longgokkan sampah akan dapat dikurangkan dan dapat mengurangkan sisa buangan ke tempat pelupusan sampah. Perabot upcycled pula merupakan gabungan idea kreatif dan minat seseorang dalam mengubah sesuatu benda kepada perabot. Proses ini memerlukan tenaga yang kuat bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Proses mengambil kira rekabentuk dan bahan yang digunakan untuk mereka cipta sebuah perabot. Inovasi perlu dilakukan kepada perabot upcycled ini,kerana ianya dapat menjimatkan kos untutk pembelian perabot baru.Objektif kajian ini ialah untuk mengkaji sejauh mana perabot upcycled mampu mengurangkan kos pembelian perabot baru serta mengkaji kesan upcycled terhadap alam sekitar. Kajian ini lebih menjurus kepada mengajar masyarakat berjimat dalam perbelanjaan. Dengan adanya kajian ini,sedikit sebanyak dapat membantu goglongan yang berpendapatan sederhana yang menetap dikawasan bandar. Kajian ini dibataskan kepada golongan masyarakat yang berpendapatan rendah yang menetap di pangsapuri Vista Serdang. Kajian ini dilakukan dalam kaedah soal selidik iaitu kaedah kuantitatif. Pengumpulan data dalam penyelidikan ini menggunakan data primer seperti kajian perpustakaan dan data sekunder iaitu melalui kaedah kajian lapangan seperti pemerhatian, tinjauan, temu bual dan soal selidik. Hasil dapatan kajian yang menggunakan pemerhatian dan temu bual telah membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat sekali gus menjawab persoalan dan mencapai objektif kajian .Maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diterjemahkan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil daripada dapatan kajian akan dibawa kepada perbincangan untuk mengetahui hasil daripada ketiga-tiga kaedah yang digunakan dalam penyelidikan.