Susun Atur Pemikiran Kepengarangan A Aziz Deraman Dalam Puisi Terpilih Gelora Nurani Menggunakan Pendekatan Strukturalisme.

Kajian ini menumpukan penganalisan terhadap Kumpulan Puisi Gelora Nurani karya A aziz Deraman yang memfokuskan kepada pengkajian terhadap susun atur pemikiran A Aziz Deraman dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani yang dapat menyedarkan masyarakat tentang kehidupan masyarakat lain diluar sana, juga tenta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Halissa Muhamad Jamil
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4809/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini menumpukan penganalisan terhadap Kumpulan Puisi Gelora Nurani karya A aziz Deraman yang memfokuskan kepada pengkajian terhadap susun atur pemikiran A Aziz Deraman dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani yang dapat menyedarkan masyarakat tentang kehidupan masyarakat lain diluar sana, juga tentang budaya yang dibawa oleh masyarakat secara tidak langsung dengan menekankan dari sudut ekonomi, politik, sosial dan bahasa. Kumpulan Puisi Gelora Nurani dihidangkan sebagai satu bicara tentang agama, manusia dan kemanusiaan, dunia dan keduniaan, kuasa dan kekuasaan, negara dan kenegaraan, pemikiran mengiringi isu dan persoalan perjalanan hayat manusia antara alam dengan tuhan, dan antara makhluk dengan tuhan. Oleh itu, dengan adanya kajian ini dapat memaparkan kepada khalayak bahawa puisi bukan sahaja tertumpu kepada kehidupan masyarakat sahaja tetapi juga telah memfokuskan tentang perihal duniawi masyarakat dalam pemikiran A Aziz Deraman. Melalui analisis Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini memperlihatkan pengaplikasian terhadap teori Strukturalisme dalam pemikiran A Aziz Deraman. Pendekatan ini adalah cara terbaik yang digunakan untuk menyelongkar unsur masyarakat diluar sana terhadap kehidupan sebenar individu mahupun sesebuah masyarakat itu sendiri. Hasil kajian ini juga dapat memperlihatkan sejauhmana permasalahan sosial yang berlaku di dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini. Kemudian, penganalisan terhadap kesan kepengarangan dan pemikiran A Aziz Deraman sendiri dalam Kumpulan Puisi Gelora Nurani ini mampu menonjolkan pemikiran pengarang dan sesuai dianalisis dari sudut individu, masyarakat dan negara dalam mencari pokok persoalan yang ingin disampaikan dengan hanya melalui puisi sekaligus mampu mengangkat karya Kesusasteraan Melayu dengan lebih baik.