Konservasi Tekstil: Torso Sebagai Bahan Sokongan.

Torso merupakan sebuah patung yang menyerupai bentuk tubuh manusia dari paras leher ke paha atau pinggang ke paha. Torso banyak digunakan dalam dunia peragaan konservasi tekstil untuk menjaga artifak tersebut daripada rosak. Namun torso mempunyai cara pembuatan yang berbeza-beza mengikut keadaan dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Farahana Rosli
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4678/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Torso merupakan sebuah patung yang menyerupai bentuk tubuh manusia dari paras leher ke paha atau pinggang ke paha. Torso banyak digunakan dalam dunia peragaan konservasi tekstil untuk menjaga artifak tersebut daripada rosak. Namun torso mempunyai cara pembuatan yang berbeza-beza mengikut keadaan dan kesesuaian sesuatu tekstil. Oleh itu, dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji perbandingan penggunaan bahan material bagi menghasilkan torso. Selain itu pengkaji akan mengenalpasti kaedah-kaedah atau teknik yang sesuai digunakan dalam penghasilan torso. Seterusnya, pengkaji juga akan mengenalpasti kepentingan dan fungsi penghasilan torso dalam dunia peragaan konservasi. Melalui kajian ini, pengkaji dapat menghasilkan sebuah torso yang fleksibel dan sesuai digunakan dalam peragaan konsservasi tekstil. Pengkaji juga dapat mengetahui cara yang tepat untuk menghasilkan torso.