Elemen Dramatik dalam Meningkatkan Nilai Estetika Pementasan Teater The Miracle Seed Sempena Festival Teater Kelantan (FTK) 2017.

The Miracle Seed adalah sebuah karya hasil penulisan oleh Asif Curimbhoy yang diterjemahkan oleh Anwar Mohd Zulkifli. Karya ini telah dijadikan rujukan utama dalam penyelidikan berkaitan elemen dramatik yang diasaskan oleh Aristotle dalam karya beliau iaitu Poetics yang menjadi dasar kepada pembentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norhafiza Mohd Azizan
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4650/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:The Miracle Seed adalah sebuah karya hasil penulisan oleh Asif Curimbhoy yang diterjemahkan oleh Anwar Mohd Zulkifli. Karya ini telah dijadikan rujukan utama dalam penyelidikan berkaitan elemen dramatik yang diasaskan oleh Aristotle dalam karya beliau iaitu Poetics yang menjadi dasar kepada pembentukan drama. Dalam kajian ini pengkaji akan mengkaji tiga objektif utama iaitu mengenalpasti elemen dramatik dalam teater The Miracle Seed, menghuraikan kepentingan nilai estetika dalam pementasan teater dan menjelaskan keberkesanan elemen dramatik dalam meningkatkan nilai estetika dalam pementasan teater The Miracle Seed sempena Festival Teater Kelantan (FTK) 2017. The Miracle Seed dipentaskan oleh Kelab Teater PUSAKA Universiti Malaysia Kelantan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Penyelidikan ini diharap dapat menyumbang ke arah peningkatan pengetahuan berkaitan elemen dramatik dalam sesebuah karya.