Penghayatan Alam Dalam Puisi - Puisi Muhammad Haji Salleh : Satu Pendekatan Ekologi.

Hubungan erat antara alam dan manusia ini sebenarnya telah mencetuskan ilham dan idea bagi diungkapkan dalam puisi yang dihasilkan. Kajian yang dihasilkan ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji penghayatan alam yang diterapkan dalam puisi puisi terpilih Muhammad Haji Salleh. Kajian yang dilakukan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Hazwa Azlin Mohd Nor
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4641/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Hubungan erat antara alam dan manusia ini sebenarnya telah mencetuskan ilham dan idea bagi diungkapkan dalam puisi yang dihasilkan. Kajian yang dihasilkan ini bertujuan untuk meneliti dan mengkaji penghayatan alam yang diterapkan dalam puisi puisi terpilih Muhammad Haji Salleh. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah deskriptif iaitu dengan menggunakan data kualitatif. Penerapan teori ekologi telah digunakan dalam kajian ini. Hasil daripada penelitian terhadap teks puisi dalam "Jatuh Ke Laut Menjadi Pulau: jilid I Sajak - sajak lengkap Muhammad Haji Salleh" telah mendapati terdapat penghayatan alam dan puisi - puisi tersebut diteliti dengan lebih mendalam melalui pengaplikasian kritikan eko dengan menggunakan prinsip kritikan oleh William Howarth iaitu ekologi dan etika. Kajian ini didasarkan kepada tiga objektif utama, yang pertama mengenalpasti penghayatan alam yang digunakan atau digambarkan dalam puisi puisi terpilih Muhammad Haji Salleh membuktikan terdapatnya penghayatan alam dalam puisi-puisi tersebut. Yang kedua, proses kajian terus dijalankan dengan membincangkan penghayatan alam dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh berjaya menggambarkan kehidupan manusia dan hasil objektif ini diterangkan dengan lebih jelas lagi. Objektif yang ketiga ialah proses kajian akan dilakukan dengan terus mendalam melalui proses menganalisis nilai - nilai moral yang terdapat dalam puisi-puisi yang dipilih dan ternyata puisi tersebut menyampaikan nilai moralnya yang tersendiri kepada ahli masyarakat. Kajian ini menunjukkan bahawa manusia dan alam itu saling bergantungan dan penting antara satu sama lain. Diharap kajian ini mampu meyumbang dalam kajian kesusasteraan serta memberikan impak positif kepada masyarakat.