Pengekalan Kraftangan Warisan Menerusi Anyaman Mengkuang: Kajian Kes Di kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh

Seni anyaman merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Pada zaman dahulu masyarakat menghasilkan anyaman untuk kegunaan mereka sendiri. Kebijaksanaan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui jalinan daun mengkuang yang dianyam sehingga menghasilkan pelba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mustapha, Nor Diana
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4612/
https://ftkw.umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seni anyaman merupakan hasil kraftangan masyarakat Melayu yang telah wujud sejak 300 tahun yang lalu. Pada zaman dahulu masyarakat menghasilkan anyaman untuk kegunaan mereka sendiri. Kebijaksanaan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui jalinan daun mengkuang yang dianyam sehingga menghasilkan pelbagai rupa bentuk yang unik dan menarik. Hasil seni anyaman yang wujud melambangkan budaya masyarakat Melayu yang mahir dalam seni kerajinan tangan. Seni anyaman turut mempamerkan aspek teknologi, kemahiran, pemikiran dan nilai masyarakat yang berkembang sejak dahulu lagi. Kegiatan anyaman mengkuang biasanya dilakukan Oleh kaum wanita yang menetap di kawasan luar bandar. Proses ini memerlukan kesabaran, kemahiran dan dedikasi. Ini dapat dilihat pada sebidang tikar yang dianyam oleh kaum wanita untuk kegunaan para pesawah ketika menjalankan aktiviti pertanian. Kekukuhan dan ketelitian kaum wanita menghasilkan anyaman menggambarkan sikap mereka yang rajin dan tekun melaksanakan sesuatu pekerjaan. Oleh hal yang demikian, kegiatan seni anyaman ini perlu dipelihara dan dikekalkan sebagai identiti dan budaya warisan bangsa untuk generasi akan datang. Satu kajian mengenai pengekalan kraftangan warisan menerusi anyaman mengkuang telah dilakukan oleh pengkaji bagi mengkaji mengenai asal-usul dan perkembangan, keunikan bentuk dan teknik ragam hias, kepentingan anyaman kepada ekonomi, budaya dan penyatuan masyarakat serta perbezaan diantara anyaman mengkuang dan tali Plastik.