Kesenian Warisan Negeri Pahang : Dikir Rebana.

Khazanah kesenian negeri Pahang merupakan sesuatu yang sangat mempersonakan dan mengasyikkan yang mampu menarik pelancong luar ataupun dalam negara. Salah satu kesenian warisannya adalah Dikir Pahang. Dikir Rebana Pahang merupakan suatu seni persembahan yang sangat terkenal di Tanah Melayu terutaman...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Razi Mt Ali
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4606/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Khazanah kesenian negeri Pahang merupakan sesuatu yang sangat mempersonakan dan mengasyikkan yang mampu menarik pelancong luar ataupun dalam negara. Salah satu kesenian warisannya adalah Dikir Pahang. Dikir Rebana Pahang merupakan suatu seni persembahan yang sangat terkenal di Tanah Melayu terutamanya di negeri Pahang. Selain itu, kesenian ini juga dapat menarik perhatian umat Islam di negara ini khususnya negeri Pahang. Dikir Pahang terbahagi kepada dua jenis iaitu Dikir Maulud dan Dikir Rebana. Kajian ini adalah berdasarkan tiga objektif iaitu untuk mengkaji tentang sejarah dan perkembangan Dikir Rebana di negeri Pahang, mengkaji bentuk persembahan Dikir Rebana dan mengenalpasti persediaan awal sebelum permainan Dikir Rebana dimainkan. Bagi memudahkan kajian, kaedah kualitatif digunakan iaitu secara temubual dan pemerhatian serta kepustakaan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa, permainan tersebut masih relevan sehingga kini apabila masih ada generasi yang memainkan Dikir Rebana ini. Selain itu, Dikir Rebana juga mempunyai kronologi sejarah yang unik yang menceritakan asal usul kemunculan permainan tersebut. Hasil dapatan kajian juga membuktikan bahawa Dikir Rebana ini mempunyai pelbagai bentuk persembahan dan beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum mempersembahkannya.