Analisis Gambaran Masyarakat Dalam Teks Drama Terpilih Anwar Ridhwan : Satu Pendekatan Realisme Sosialis

Kajian ini telah mengupas tentang satu analisis gambaran realiti kchidupan masyarakat di dalam kedua-dua teks drama yang di hasilkan oleh Anwar Ridhwan. Oleh itu, kajian ini terbatas pada teks drama terpilih dalam kumpulan drama iaitu 'Orang-Orang Keciľ dan 'Pulang' karya Anwar Ridhwa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Azmi, Mohamad Aszrafin
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4572/
https://ftkw.umk.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah mengupas tentang satu analisis gambaran realiti kchidupan masyarakat di dalam kedua-dua teks drama yang di hasilkan oleh Anwar Ridhwan. Oleh itu, kajian ini terbatas pada teks drama terpilih dalam kumpulan drama iaitu 'Orang-Orang Keciľ dan 'Pulang' karya Anwar Ridhwan yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2009. Kajian ini adalah berdasarkan dengan dua objektif utama iaitu mengenal pasti nilai-nilai murni di dalam teks drama iaitu 'Orang-Orang Keciľ dan 'Pulang' serta objektif kedua pula menganalisis kehidupan realiti masyarakat di dalam teks drama terpilih melalui pendekatan Realisme Sosialis. Justeru itu, kajian ini telah menggunakan satu pendekatan iaitu pendekatan Realisme Sosialis yang di pelopori oleh George Lukacs. Menurut Mana Sikana (2006: 397), pendekatan sosiologi adalah pendekatan untuk menilai sastera dengan meneliti aspek sosial atau kemasyarakatannya, dan menganalisis hubungan teks dengan isu politik, ekonomi, budaya dan aspek-aspek lainnya yang membangunkan masyarakat. Juga melihat teks seabagai kesan pengamh masyarakat reflections ofsociety terhadap kehidupan manusia.