Seni Silat Kuntau Tekpi di Kedah: Kajian Kes di Baling, Kedah

Kewujudan seni silat adalah disebabkan oleh kesenian dalam kebudayaan Melayu. Kajian ini dilakukan untuk meneroka sejarah dan perkembangan, menganalisis teknik-teknik yang digunakan dan menghurai cadangan pemuliharaan seni Silat Kuntau Tekpi. Kaedah kajian kualitati berdasarkan pemerhatian secara te...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ideris, Norifazirah
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4511/
https://ftkw.umk.edu.my/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kewujudan seni silat adalah disebabkan oleh kesenian dalam kebudayaan Melayu. Kajian ini dilakukan untuk meneroka sejarah dan perkembangan, menganalisis teknik-teknik yang digunakan dan menghurai cadangan pemuliharaan seni Silat Kuntau Tekpi. Kaedah kajian kualitati berdasarkan pemerhatian secara terus, temu bual bersama responden dan analisis data dilakukan untuk mendapatkan data dan maklumat yang lebih lengkap. Teori Fungsionalisme digunakan bagi mengenalpasti beberapa fungsi dan disfungsi seni silat dalam mempelajari aspek kebudayaan masyarakat. Hasil kajian mendapati sejarah seni Silat Kuntau Tekpi bermula pada era pemerintahan Kesultanan Melayu Kedah pada tahun 1781. Selain itu, kajian ini turut menemukan seni Silat Kuntau Tekpi mempunyai tiga teknik yang digunakan iaitu teknik tapak, teknik pukulan dan teknik tangkisan. Kesemua teknik ini digunakan untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh yang telah lama digunakan oleh masyarakat sebelumnya. Oleh itu, kajian ini mencadangkan penganjuran seminar, dorongan daripada ibu bapa, pendidikan secara formal, mengadakan promosi berkenaan seni silat dan peranan kerajaan perlu dilakukan untuk memulihara seni Silat Kuntau Tekpi.