Rumah Bugis: Kajian Kes Di Rumah Hajah Indok Chichuk Dan Abdul Hadi Di Kampung Sungai Kuali, Kukup, Pontian

Masyarakat Bugis merupakan antara etnik dagang yang masyhur di Tanah Melayu. Kisah mengenai etnik Bugis ini bukanlah sesuatu Yang baharu bagi masyarakat di Malaysia, malah telah menjadi antara sumber penting dalam kronologi pembentukan negara terutamanya dalam prasejarah awal negeri Johor. Menurut H...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Hood, Nurul Shahira
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4508/
https://ftkw.umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Bugis merupakan antara etnik dagang yang masyhur di Tanah Melayu. Kisah mengenai etnik Bugis ini bukanlah sesuatu Yang baharu bagi masyarakat di Malaysia, malah telah menjadi antara sumber penting dalam kronologi pembentukan negara terutamanya dalam prasejarah awal negeri Johor. Menurut Hafidzah (1991), masyarakat Bugis dikenali kerana kehandalan mereka dalam ilmu pelayaran. Hal ini kerana, aktiviti pelayaran, pengembaraan, perdagangan dan perantauan telah menjadi tradisi dalam kehidupan seharian masyarakat Bugis. Sebagai bangsa dagang yang kerap berhijrah, mereka telah membina rumah mudah dan ringkas bagi tujuan perteduhan pada awalnya. Namun, populasi migasi yang berterusan telah merubah rumah-rumah teduhan tersebut menjadi rumah-rumah tradisi bagi masyarakat Bugis yang kini semakin sukar untuk dilihat akan kewujudannya. Meskipun rumah tradisional Bugis telah menjadi warisan yang semakin pupus pada hari ini, namun kewujudan senibina rumah etnik dagang ini pernah menjadi antara senibina yang mendapat perhatian dalam penempatan Melayu di tanah air. Malah, pengaruh daripada pembinaan rumah yang mudah dan ringkas ini turut diaplikasikan dalam pembinaan rumah-rumah tradisional Melayu yang Iain seperti rumah Melaka dan rumah Limas. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan membincangkan tentang kewujudan rumah tradisional Bugis yang masih utuh berdiri di Kampung Sungai Kuali, Kukup Pontian, Johor yang dimiliki oleh Hajah Indok Chichuk bte Daeng Haddadek bersama anak lelaki beliau iaitu Abdul Hadi bin Haji Ambok Intang. Perbincangan ini adalah untuk mengetahui sejarah pembinaan Rumah Bugis Hajah Chichuk sebagai satu produk pelancongan warisan kepada golongan masyarakat, mengenalpasti sudut ruang yang terdapat di rumah tradisional Bugis tersebut serta mengkaji tujuan pembinaan rumah tradisional Bugis di Kampung Sungai Kuali itu kepada masyarakat.