Konservasi Monumen : Satu Kajian Perbandingan Terhadap Kubu Kebal di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan.

Kubu kebal merupakan sebuah mekanisme pertahanan yang ampuh dan mantap dalam melindungi sesebuah wilayah atau negara daripada serangan pihak musuh. Sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2, di Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. Pihak British telah melakukan persiapan awal dengan membina kubu-kubu kebal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Adam Mad Zain
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2019
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4423/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kubu kebal merupakan sebuah mekanisme pertahanan yang ampuh dan mantap dalam melindungi sesebuah wilayah atau negara daripada serangan pihak musuh. Sebelum tercetusnya Perang Dunia ke-2, di Tanah Melayu pada 7 Disember 1941. Pihak British telah melakukan persiapan awal dengan membina kubu-kubu kebal di kawasan yang penting khususnya di pesisir pantai daerah Bachok, Kelantan. Berdasarkan kajian terdahulu, pengkaji mendapati terdapat lebih 8 buah kubu kebal terutamanya di kawasan Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan yang masih elok dan ada diantaranya telah musnah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perbandingan yang terdapat pada kubu kebal khususnya di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan serta punca yang menyebabkan kubu kebal tersebut mengalami kerosakan. Selain itu, kajian ini juga ingin merungkaikan kepentingan kubu kebal terhadap masyarakat setempat. Justeru itu, pengkaji telah merangka metodologi kajian dengan sistematik bagi mendapatkan maklumat dan data yang sahih dan tepat berlandaskan objektif kajian. Hasil kajian mendapati terdapat sedikit perbezaan dari segi ukuran tinggi rendah, lokasi serta keadaan kubu kebal di Kampung Anak Rhu dengan Kampung Pulau Belongan pada hari ini. Rumusannya, pemeliharaan dan pemuliharaan kubu kebal ini amatlah penting kerana nilai warisan dan sejarah yang dimilikinya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan, pendidikan dan penyelidikan khususnya kepada generasi akan datang.