Nilai-Nilai Keislaman Menerusi Cerpen-Cerpen Terpilih dalam Seuntaian Rindu Firdaus Karya Ana Balqis: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu

Cerpen merupakan satu bentuk kesusasteraan baru (moden) yang terawal diperkenalkan berbanding genre kesusasteraan yang lain seperti novel, puisi, drama dan esei atau kritikan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai keislaman yang terkandung menerusi cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Safiah, Mohmad Zakir
Format: Undergraduate Final Project Report
Published: 2020
Subjects:
Online Access:http://discol.umk.edu.my/id/eprint/4307/
http://ftkw@umk.edu.my
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Cerpen merupakan satu bentuk kesusasteraan baru (moden) yang terawal diperkenalkan berbanding genre kesusasteraan yang lain seperti novel, puisi, drama dan esei atau kritikan. Kajian ini adalah untuk mengenal pasti nilai-nilai keislaman yang terkandung menerusi cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Seterusnya, merumuskan dan membincangkan nilai-nilai keislaman tersebut serta pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu menerusi nilai-nilai keislaman yang terkandung dalam cerpen-cerpen terpilih dalam seuntaian Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Di samping itu, kajian ini membataskan kepada kumpulan cerpen Rindu Firdaus karya Ana Balqis. Tambahan lagi, pendekatan analisis kualitatif telah digunakan sebagai kerangka panduan dalam kajian ini. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang telah diaplikasikan dalam kajian ini. Berdasarkan analisis dan dapatan kajian, kajian ini telah berjaya membuktikan bahawa terdapat banyak nilai-nilai keislaman yang ditunjukkan dalam cerpen ini terutama lima cerpen pilihan pengkaji iaitu cerpen Dialog Dua Perempuan, Mencari Syawal, Telur, Rindu Firdaus dan Rindu Berkampung. Penemuan nilai-nilai keislaman dalam kelima-lima buah cerpen ini sememangnya dapat memberikanpengajaran dan kesedaran kepada pembaca serta sebagai satu wadah untuk meningkatkan nilai ketakwaan seseorang insan terhadap Allah SWT.